YaCilda

YaCilda

Tuesday, December 29, 2009

BBQ Nite

Calon2 baju gothic!
Bukan kami yg punya ~~20km/j~~

hahahahaa!



sedap dol!



Sungguh seronok..berpoya2 bersama kuage dikala mlm hari Xmas!

Have fun tol dol!






Friday, December 18, 2009

My 2nd weeks w/o rice pic

benci weh tgk pic2 kat ateh ni!cam nak nanges guling2 je!hebat sgt gum gum nye time ni!xde kesedaran sivik langsung si empunya badan..yg pic bawah ni, kira2 da ade kesedaran sivik cket la..eh bukan cket!da byk dah ni..sampai anak dtg pon still nak clik2 gi!hahaha
*kesian dak azzan tu;ibu dia tgh kena virus haplod!*
*pic ateh ni ade ase cam model tudung pasar tani..anda beli 3,saya kasik less 3 hengget!
Ini lah result saya setelah 2 minggu x hadap nasik!sgt suka!sbb suar bunga2 ala jiwang karat tu b4 dis,xleh masuk!skang da bole masuk ngan penuh kenikmatannya!hip hip ho ho!
Sekian,
Saya Nashilda melaporkan utk TB Doploh Ratus


Monday, December 14, 2009

Hazad Irwana saya dah kawin..huhuhuhu!sedih tao!

Renjis tahap gaban tgh melawan raksasa!hua!hua!
I mmg xde jodoh ngan dia ye..coz uols tgk la..suma ikut tema..i je x ikot..
I doa u bahagia ye!
Ikhlas ni!



After my 10 days w/o rice



After 10 days w/out rice..agak2 pekedai2 bleh bankrup x sbb aku da x yah bli beras gi?hahahaha

Can u spot d diff?ni bru 10 hari ni.ade gi doploh hari..ape jadi ek?wait n see ya!
p/s:ni lom timbang gi ni..mau klu timbang ni menangis aer mata dysebel ni!



Tuesday, December 8, 2009

Diet bagi org yg berdarah 'O' spt saya

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Source: Dr Peter J.D' Adamo..

Progress

My current weight = 63 kg!
Yabedabedooo!!!
HipHip Hooray!!
Lagi dan lagik!
D biggest looser Asia..hak hak hak!

30 hari tanpa nasi!

Dengan segala hormatnya,aku,nashilda nasirun
dgn ini merelakan diriku utk mencabar diri sendiri bagi merealisasikan target ;
tidak mahu mkn sebarang jenis nasi selama 30 hari.
Aku dah mula since ari Ahad lepas,yakni
6hb Dec 2009..
so kira2 akan berakhir pada
4hb Jan 2010!
Ni bukan 99 day tanpa nasi ye..ni 30 ari je!mahahaaha..lama sgt 99 hari tu..aku wat 3 fasa la klu camtu..klu wat gak,takut kantoi..hiihii..So
arini dah masuk ari ke 4.
YES!
lagi 26 days left!
I CAN DO IT!

78 kesan pengambilan gula berlebihan

Aku dpt source ni dari blog cikgu sazili..kredit to him!
Terdapa 78 kesan pengambilan gula berlebihan:
01. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
02. Mengganggu imbangan galian dalam tubuh.
03. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
04. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
05. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, gelisah dan nakal.
06. Meningkatkan paras trigliserid ( minyak & lemak)
07. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
08. Merosakkan buah pinggang.
09. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol yang bahaya ( (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.1
4. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan tahap glusoka dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adranelin di kalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronori
24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukan.*Ye..saya akui..sob!sob!
28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab arthritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang dalam hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.*Ni sbb aku dh x amek pil tu skang..dah setaun aku x amek..huhuhu
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada osteoporosis.
43. Penyebab air liur jadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi glukosa.
46. Mengurangkan horman tumbesaran.
47. Meningkatkan kolestrol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga mengganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.*ni pon sbb aku alergi
51. Penyumbang kepada penyakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.*penah jadi kat aku..tapi pas bsalin la..pdn muka!
53. Penyebab akzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab katarak.
57. Penyebab emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberi tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.*minum air yogurt utk mengatasi prob ni ek!
68. Penyebab rabun mata.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Mengganggu kemampuana berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidakseimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit alzheimer